Photo by cottonbro from Pexels
Andai kata keperluan juga telah dinaikkan harga, apatah lagi nasib sebagai rakyat biasa yang makan gaji? Minyak masak adalah keperluan utama dalam keluarga. Ianya digunakan untuk memasak makanan harian untuk seisi keluarga. Dengan inisiatif kerajaan menaikkan gaji kepada RM1,500 minima, impaknya adalah kepada peniaga perlu menaikkan harga untuk menampung pembayaran gaji pekerja.
Namun begitu, senario ini sudah dijangka, dan ada di kalangan rakyat sudah mula merungut. Dalam situasi media sosial, tidak banyak yang boleh dipercayai sekiranya anda boleh melihat rakyat meneruskan hidup. Selepas ini apa pula yang dijangka? Artikel ini akan kongsikan apa lagi yang bakal menjelma kepada pasaran dalam negeri.
Kadar OPR akan menaik
Apabila kadar apungan ini menaik, semuanya akan menjadi menaik akibat daripada peminjam yang perlu membayar lebih untuk ansuran. Ini adalah kekurangan kepada peminjam yang masih lagi terikat dengan pinjaman bank. Bakal terjadi kerana kebanyakan perbankan luar negara telah tingkatkan lagi kadar ini.
Lebih masa bekerja, kurang waktu bersama keluarga
Akan lebih ramai orang menambah pendapatan untuk tingkatkan ekonomi. Sebagai contoh, seorang kerani yang bergaji RM1,500 duduk di KL perlukan lebih pendapatan, maka buat servis e-hailing menjadi pilihan. Selepas pukul 5, bergerak pula untuk pendapatan sampingan terus ke pukul 10 malam. Ini akan menjadikan keseimbangan kerja menjadi sangat sedikit dengan hanya ada beberapa jam sahaja di rumah.
Yuran pengajian dan kesihatan akan meningkat
Ini adalah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh. Perbelanjaan untuk kesihatan dan pendidikan memerlukan amaun yang besar untuk dibelanjakan. Mungkin kita terlepas pandang dengan keperluan asas yang lain. Tetapi kemungkinan kita akan lihat satu perubahan besar dalam bidang ini.
Dalam isu ini, kita hendaklah sentiasa bersedia menghadapi tekanan yang mendatang. Kita tidak mahu lagi menjadi terlalu terkejut akibat daripada pandemik terdahulu. Ini adalah peringatan kepada kita dan teruskan mencari jalan penyelesaian kepada ekonomi. Menuding jari adalah mudah, tetapi penyelesaian harus ada untuk memastikan kelestarian sejagat.
Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

