Subsidi petrol dijangka cecah RM40 bilion tahun ini

LocalBusiness & Finance
1 Jul 2026 • 4:49 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Subsidi petrol dijangka cecah RM40 bilion tahun ini

KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Kerajaan dijangka menanggung subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion tahun ini berikutan kenaikan harga minyak dunia yang dipacu oleh ketegangan geopolitik dan konflik Asia Barat, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Menurut MOF, kerajaan telah menanggung subsidi hampir RM800 juta sebulan bagi RON95 dan diesel pada Januari dan Februari 2026, sebelum melonjak kepada kira-kira RM5 bilion sebulan pada Mac dan April 2026.

“Sekiranya harga pasaran semasa ini kekal, kerajaan dijangka akan menanggung jumlah subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion bagi tahun 2026,” menurut MOF dalam jawapan bertulis bertarikh 30 Jun yang dikeluarkan di laman sesawang Parlimen.

Kementerian itu menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) berhubung jumlah terkini peruntukan untuk subsidi petrol dan diesel.

Menurut MOF, peningkatan jumlah subsidi ini membolehkan warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas layak menikmati petrol RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 sen seliter.

“Bekalan petroleum negara ketika ini kekal stabil dan mencukupi,” menurutnya.

MOF memaklumkan Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh langkah keterjaminan bekalan untuk tempoh jangka panjang dan subsidi bersasar ketika krisis bekalan global masih berlarutan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved