Subsidi RM600 Tiket Penerbangan Bagi Pelajar IPT Sabah

26 Mar 2024 • 1:31 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Peruntukan RM10 juta untuk pelajar Sabah di Semenanjung, Sarawak dan Labuan

Subsidi RM600 Tiket Penerbangan Bagi Pelajar IPT Sabah. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk subsidi penerbangan bagi semua pelajar Sabah yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam atau swasta (IPT) di Semenanjung Malaysia, Sarawak, dan Labuan.

Menurut laporan media, beliau menyatakan bantuan khas atau subsidi sekali bayar (one-off) sebanyak RM600 seorang untuk pelajar Sabah.

image is not available
Subsidi RM600 Tiket Penerbangan Bagi Pelajar IPT Sabah. Sumber foto: utusantv

Dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri kepada pelajar IPT Sabah

“Bantuan khas sekali bayar RM600 tambang penerbangan akan diberikan terus kepada pelajar yang terlibat.

“Namun, maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan dibincangkan lebih lanjut oleh pihak berkenaan. Bantuan khas ini boleh digunakan pada bila-bila masa untuk pulang ke Sabah,” katanya.

Beliau mengumumkan bantuan itu semasa melawat Pulau Pinang dalam satu majlis sarapan bersama pelajar yang mengikuti pengajian di Semenanjung Malaysia.

Baca juga artikel yang berkaitan: