Subsidi RON95 Bakal Dilaksana, Tapi Kerajaan Jamin Harga Barang Tak Naik

LocalPolitics
28 Feb 2025 • 1:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kerajaan dijangka melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun ini dengan satu mekanisme terbaik bakal dikenal pasti bagi memastikan manfaatnya sampai kepada kumpulan sasar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kerajaan kini berada dalam fasa akhir merangka sistem penyasaran yang adil dan berkesan bagi memastikan pelaksanaannya mencapai objektif ditetapkan.

“Kerajaan juga memberi jaminan bahawa penyasaran subsidi ini tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara tidak terkawal,” katanya.

image is not available

Beliau menjawab pertanyaan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang meminta KPDN menjelaskan sama ada pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun ini akan menyebabkan peningkatan harga barang dan kos sara hidup rakyat.

Armizan menegaskan bahawa petrol RON97 tidak termasuk dalam penyasaran subsidi kerana bahan api tersebut telah diapungkan sejak Jun 2018.

“Pemberian petrol bersubsidi kepada kumpulan sasar yang tepat mampu mengekalkan kos perkhidmatan serta penghantaran barangan keperluan rakyat, sekali gus mengelakkan peningkatan kos sara hidup,”ujarnya.