Subsidi RON95: Kerajaan tetap guna MyKad, sistem PADU tentukan siapa layak!

LocalPolitics
8 Sep 2025 • 6:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan kini berada pada peringkat akhir untuk memuktamadkan kriteria kelayakan serta kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 bersama pihak berkepentingan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau menegaskan, pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 dirangka dengan teliti bagi memastikan majoriti rakyat yang layak tidak terjejas.

“Kerajaan turut bekerjasama dengan syarikat stesen minyak untuk memastikan sistem bayaran menggunakan MyKad dapat digunakan ketika membuat pengisian bahan api sebaik sahaja (penyasaran) subsidi RON95 dilaksanakan akhir bulan ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

image is not available

Kerajaan tetap guna MyKad

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Rose Suryati Alang mengenai pendekatan terkini yang diambil bagi subsidi minyak dan kelancaran pelaksanaannya.

Beliau yang juga Menteri Ekonomi berkata, kerajaan akan menggunakan sistem PADU untuk menentukan kelayakan agar hanya mereka yang benar-benar layak menerima manfaat subsidi.

image is not available

“Kita akan umumkan dan laksanakan pada akhir bulan ini dengan jaminan bahawa rakyat yang layak akan menerima subsidi seperti sepatutnya,” tambah beliau.

image is not available

Kerajaan berharap pendekatan ini dapat meningkatkan ketepatan pemberian subsidi serta memastikan pengurusan sumber negara lebih efisien, sambil terus memberi manfaat kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.

Sumber: FB Jason Yew, BERNAMA