Subsidi RON95 Mungkin Dilaksana Hujung Tahun ini,- Penganalisis

LocalPolitics
26 Sep 2024 • 2:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, perincian selanjutnya mengenai rasionalisasi subsidi petrol RON95, akan dimaklumkan dalam Belanjawan 2025 pada Oktober nanti.

Malah, kerajaan juga dikatakan sedang mengkaji untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Bercakap mengenai perkara itu, Penganalisis RHB IB, Alexander Chia berkata, pihaknya yakin kerajaan akan melakar kemajuan dalam subsidi dan inisiatif untuk meluaskan asas cukai bagi mengurangkan lagi defisit fiskal.

“Namun, dua inisiatif utama yang masih belum diputuskan adalah rasionalisasi subsidi untuk petrol RON95 dan pengenalan semula GST yang bersesuaian dengan pelaksanaan penuh e-invois,” katanya menerusi nota.

Bagaimanapun, Bank pelaburan itu menjangkakan rasionalisasi subsidi RON95 akan dilaksanakan menjelang akhir 2024.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved