
Kerajaan hari ini mengumumkan langkah penstrukturan semula subsidi telur ayam bermula 1 Ogos 2025, sebagai sebahagian daripada pendekatan penyasaran subsidi yang lebih berfasa dan lestari.
Menurut laporan Harian Metro, pihak industri telah bersetuju memperkenalkan Telur Gred Khas pada harga lebih berpatutan sebagai inisiatif segera untuk memastikan kestabilan bekalan dan harga.
Perkara ini diperkatakan menerusi satu kenyataan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM),
Jualan Agro MADANI dan Rahmah masih berterusan

Rakyat masih boleh mendapatkan telur ayam harga kompetitif menerusi program Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah, yang akan terus dijalankan di seluruh negara termasuk di FAMA dan LPP.
KPKM menjelaskan, langkah ini dibuat selepas yakin industri tempatan kini mampu mengekalkan pengeluaran telur ayam yang stabil dan mencukupi.
Hampir RM2.5 bilion subsidi telur telah dibelanjakan

Antara Februari 2022 hingga Disember 2024, kerajaan telah membelanjakan hampir RM2.5 bilion untuk subsidi telur ayam.
Namun, dengan keadaan pasaran yang semakin pulih selepas krisis pandemik dan gangguan bekalan global, subsidi ini perlu disusun semula supaya lebih berfokus dan menyeluruh.
KPDN akan pantau harga

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga akan memperkukuh pemantauan berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi membanteras sebarang manipulasi harga.
Langkah ini penting bagi memastikan harga kepada pengguna kekal adil dan berpatutan.
Pssttt! Subsidi adalah bantuan sementara, bukan selamanya. Bila pasaran dah stabil, kita semua perlu bersedia untuk penyesuaian demi ekonomi yang lebih mampan. Pilih saluran pembelian bijak seperti Jualan Rahmah untuk jimat belanja!
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.


