Subsidiari EITA Resources dapat kontrak RM47.95 juta daripada TNB
herman
19/03/2024 - 18:05
KUALA LUMPUR 19 Mac - EITA Resources Berhad memperoleh kontrak daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menubuhkan pencawang masuk utama (PMU) 132/33 kilovolt (kV) Ayer Puteh, Perak.
Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, ia berkata, surat penerimaan (LOA) kontrak itu diperoleh anak syarikat 60% miliknya, TransSystem Continental Sdn. Bhd. (TSC).
Katanya, kontrak itu berkuat kuasa 8 Mac 2024 dan perlu disiapkan dalam tempoh 730 hari daripada tarikh mula kerja.
"Nilai kontrak ini berjumlah RM47.95 juta," katanya.
Menurut EITA, skop kerja TSC untuk kontrak tersebut termasuk Pembekalan, Pengujian dan Pentauliahan pencawang penghantaran luar konvensional 132kV baharu.
"Kerja-kerja lain termasuk sivil, talian penghantaran dan pengubahsuaian 'remote ends relay retrofits'," jelasnya.
Kontrak itu tidak akan mempunyai sebarang kesan material ke atas aset bersih dan tahap kadar hutang kumpulan Eita bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2024 dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan itu sepanjang tempoh kontrak berkenaan.- DagangNews.com



![[VIDEO] Fajarbaru dapat kontrak RM11 juta daripada Australia bangunkan semula pangkalan TUDM Butterworth](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)