Subvarian baharu Covid-19 sumbang kes jangkitan di AS

WorldHealth & Fitness
10 Dec 2022 • 4:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Subvarian Omicron BQ.1 dan BQ.1.1 menyumbang hampir 70 peratus kes jangkitan baharu Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) setakat minggu lalu. - Gambar hiasan

LOS ANGELES - Subvarian Omicron BQ.1 dan BQ.1.1 menyumbang hampir 70 peratus kes jangkitan baharu Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) setakat minggu lalu, menurut anggaran yang dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pada Jumaat.

BQ.1.1 dianggarkan menyumbang 36.8 peratus kes setakat 10 Disember, manakala BQ.1 sebanyak 31.1 peratus, lapor Xinhua memetik laporan CDC.

BQ.1 dan BQ.1.1 yang berasal dari subvarian BA.5 Omicron merebak dengan pantas sejak Oktober.

Subvarian berkenaan telah menggantikan BA.5 dan menjadi dominan di Amerika Syarikat pada pertengahan November. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved