Sudah 99.9 Peratus, Siasatan Kes Bunuh Nuraina Humaira Di Peringkat Akhir – Ketua Polis Perak

LocalPolitics
24 Aug 2024 • 11:13 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata siasatan berhubung kes kematian kanak-kanak perempuan Orang Asli dipercayai dirogol dan dibunuh sudah di peringkat akhir.

Katanya pihaknya sudah merakam percakapan beberapa individu terdiri daripada saksi, kenalan mangsa dan penduduk kampung.

Suspek (lelaki) pun kita sudah tahan serta kita juga mengambil kira pandangan dan pelbagai elemen daripada pakar-pakar yang berkaitan.

Siasatan hampir lengkap … 99.9 peratus. Maknanya siasatan sudah berada pada peringkat akhir dan kita akan teruskan tindakan kepada pertuduhan (di mahkamah).

image is not available

Terdahulu, Nuraina Humaira Rosli yang pada mulanya dilaporkan hilang sejak 16 Ogos telah ditemui meninggal dunia di kawasan berpaya Kampung Pos Bersah, Pos Kuala Mu pada 17 Ogos.

Bedah siasat mendedahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan dan kecederaan akibat tekanan pada bahagian leher mangsa. Susulan itu, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang juga saudara terdekat mangsa bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

image is not available

image is not available

image is not available 1 week ago

Nuraina Humaira Disyaki Dirogol Sebelum Dibunuh, Polis Tahan Suspek Usia 17 Tahun - “Mayat Ada Kesan Cedera Di Leher & Kemaluan”