Sudah ada 7 anak, suami isteri ini teruja timang bayi kembar lima. Kisah paling rare!

22 Feb 2023 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Sudah ada 7 anak, suami isteri ini teruja timang bayi kembar lima. Kisah paling rare!

MEMANG AJAIB. Itu yang SinarPlus boleh simpulkan tentang kisah pasangan suami isteri dari Poland-British apabila dikurniakan lima bayi kembar baru-baru ini.

Menariknya, pasangan tersebut sudah pun memiliki tujuh orang anak!

Menurut laporan Metro Uk, Dominika Clarke, 37, selamat melahirkan bayi kembarnya melalui kaedah pembedahan di sebuah hospital di bandar Krakow, dekat selatan Poland.

image is not availableTiga daripada bayi berkenaan ialah perempuan dan dua lagi lelaki.

Pasangan tersebut memilih nama Arianna Daisy, Charles Patrick, Elizabeth May, Evangeline Rose dan Henry James.

Kesemua ‘malaikat kecil’ yang memiliki berat antara 710 hingga 1,400 gram itu terpaksa ditempatkan di dalam inkubator dan diberi bantuan pernafasan kerana dilahirkan ketika usia kehamilan 29 minggu.

image is not availablePun demikian, menurut doktor yang merawat, kesemuanya dalam keadaan sihat belaka.

Ketika diwawancara, ibu hebat tersebut berkata, proses kehamilan yang dilaluinya memang jarang-jarang berlaku.

Pun demikian, beliau bersyukur kerana proses kelahiran kelima-lima anaknya berjalan lancar dan lebih baik daripada yang beliau jangkakan.

image is not available

“Kami merancang untuk menimang cahaya mata kelapan. Siapa sangka, kami akan peroleh lebih daripada itu.

“Ini merupakan kehamilan yang ajaib dan pihak hospital memberitahu yang kebarangkalian untuk hamil kembar lima adalah satu daripada 52 juta.

“Sebagai ahli matematik, saya menyukai statistik sebegini,” ujar Clare ketika ditemui pemberita di hospital.

image is not availableSuaminya, Vince yang merupakan warga Britain sentiasa berada di sisi isteri tersayang untuk memberikan sokongan.

Seronoknya SinarPlus baca kisah pasangan suami isteri ini. Rezeki dapat anak kembar lima walaupun sudah memiliki tujuh cahaya mata sebelum itu. Memang rare!

image is not available

Pastinya rumah mereka akan riuh rendah dengan suara anak-anak kan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)