Sudah ada bodyguard, Cik B sekarang hanya perlu kekasih

19 Feb 2024 • 8:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Anak kepada usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau Cik B sekarang hanya perlu kekasih selepas tular gambarnya diiringi beberapa bodyguard sewaktu bersiar-siar.

Kiri kanan bodyguard iring

Menerusi kapsyen ringkas Cik B di ruangan TikTok, dia memaklumkan yang dirinya sudahpun mempunyai bodyguard dan hanya memerlukan buah hati sahaja buat masa ini.

Cik B sekarang hanya perlu kekasih sebab bodyguard dah ada

Dapat dilihat dia yang mengenakan pakaian serba hitam berjalan tenang dengan menikmati kopi serta aiskrim sambil diiringi beberapa orang bodyguard di sampingnya.

Sudah tentu perkongsian tersebut mendapat perhatian daripada warganet yang sememangnya suka bergurau dengan usahawan muda berkenaan.

Cik B sekarang hanya perlu kekasih, ramai tawar diri

Ada di antara mereka dengan terbuka hati menzahirkan hasrat menjadi kekasih kepada remaja berusia 18 tahun itu dan sanggup menjadi suri rumah sepenuh masa jika dapat menjadi pasangannya.

Tak hanya itu, mereka turut mendoakan agar Cik B mendapat jodoh yang baik dan memuji style yang dikenakannya kerana mempunyai identiti sendiri.

image is not available

Ada yang sanggup jadi suri rumah kalau Cik B pilih dia

image is not available

 

image is not available

Semoga Cik B dapat jodoh yang baik

image is not available

“Harta mak saya, bukan harta mak awak”

Baru-baru ini, video Cik B menyelar komen netizen yang mempertikaikan kemewahan yang dikecapinya hasil daripada kekayaan Dato’ Seri Vida telah mendapat perhatian umum.

Mereka bersetuju dengan balasan daripada usahawan muda terbabit kerana harta yang netizen selalu sebut-sebutkan itu adalah harta ibunya sendiri dan tiada kena mengena dengan orang lain.

Jadi, tidak menjadi kesalahan untuknya jika menikmati hal tersebut kerana langsung tidak menggangu mana-mana pihak.

Sumber: TikTok cikb_havoc

View Original Article