
PETALING JAYA: Kerap berinteraksi secara spontan di platform Threads, pelakon, Zila Bakarin tampil meraih perhatian selepas memuat naik perkongsian berkaitan kehebatan membaca Al-Quran.
Menurut Zila atau Rosmawati Bakarin, 51, setiap insan akan mula rasa seronok untuk membaca Al-Quran meskipun hanya satu baris sehari.
“Bacalah Al-Quran walau sebaris ayat setiap hari. Tetapi kalau sudah habis baca sebaris kita mahu baca berbaris-baris seolah-olah kita berborak melepaskan apa yang terpendam. Kehebatan Al-Quran,” katanya.
Kagum dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan respons spontan pelakon tersebut di ruangan komen.
“Betul, kadang-kadang macam mahu baca sehelai je muka surat tapi nanti terus jadi dua atau tiga helai,” kata seorang netizen.
“Betul sangat Akak. Tadabbur Al-Quran sangat membahagiakan jiwa,” kata seorang peminatnya.
Zila berkata demikian ketika membalas perkongsian seorang individu yang tersentuh melihat seorang warga emas yang tetap membaca Al-Quran meskipun sedang berada di sebuah premis yang menjual kereta.
“Pak cik adalah insan yang berjaya di dunia dan akhirat,” kata individu itu.
The post Sudah baca sebaris Al-Quran, rasa mahu baca berbaris-baris – Zila Bakarin appeared first on Utusan Malaysia.

