Sudah Berkhidmat 35 Tahun, ‘Wira Perang’ COVID-19 Dr Noor Hisham Bersara Wajib 21 April Ini

11 Apr 2023 • 12:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Siapa saja yang tidak mengenali Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang banyak membantu dan memberikan khidmatnya sebaik mungkin sewaktu negara dilanda COVID-19 pada tahun 2020.

Setelah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Kesihatan negara selama 35 tahun, Dr Noor Hisham bakal bersara wajib pada 21 April.

Jejaka berusia 60 tahun itu telah memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 dan perkhidmatan cemerlangnya dapat dilihat sewaktu negara berdepan dengan pandemik COVID-19.

image is not available

Disebabkan kecemerlangannya memerangai penularan COVID-19 dalam negara, Dr Noor Hisham digelar sebagai ‘wira’ oleh masyarakat, malah mendapat perhatian daripada negara luar juga.

Bukan itu saja, Dr Noor Hisham juga dinamakan sebagai doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN) berdasarkan kewibaan beliau menangani krisis COVID-19.

image is not available

Biar saya bersara dahulu dan saya akan berkongsi dengan anda pengalaman saya kemudian.

Melalui laporan sebuah portal mengenai persaraan Ketua Pengarah Kesihatan ini, Dr Noor Hisham berkata dirinya tidak sabar untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga selepas berundur dari jawatan itu pada 21 April ini.

image is not available 1 tahun lalu

"Pembukaan Semula Rentas Negeri Punca Utama Kes Aktif Meningkat" - DG Hisham