
2023 telah tiba, dan sama ada kita suka atau tidak, kerajaan mesti terus memberi tumpuan kepada ketidaktentuan yang menyelubungi masa depan negara kita.
Ramalan ekonomi telah dibuat lewat tahun lalu dan peningkatan kes Covid-19 di negara-negara tertentu sememangnya sesuatu yang mesti diikuti dengan teliti.
Baru-baru ini, ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah memberi amanat penting kepada rakyat negara kita. Kepimpinan beliau dalam membentuk pembangkang yang komited untuk membantu rakyat patut dipuji. Apa yang diperkatakan, sudah tentu benar. Walaupun kerajaan telah menjalankan tugas yang agak baik dalam menangani tragedi-tragedi yang berlaku di negara kita baru-baru ini, harus ditekankan bahawa pihak pembangkang mempunyai motivasi 'all hands-on deck' dalam memastikan penyampaian kerajaan kepada rakyat adalah berkualiti dan adil.
Perlu diakui bahawa perbezaan politik telah menyebabkan salah faham di kalangan rakyat kita. Saya percaya bahawa sudah tiba masanya kita mengenepikan perbezaan kita untuk bersedia menghadapi ketidaktentuan yang mungkin membawa negara kepada kejatuhan yang tidak dijangka, mengancam nyawa orang ramai. Ramalan terbaru yang dibuat mengenai kemelesetan ekonomi dunia adalah sesuatu yang mesti kita perhatikan. Pakar ekonomi terkemuka dunia meramalkan bahawa 2023 mungkin tahun kita jatuh ke dalam kemelesetan economi. Ini adalah perkara yang membimbangkan semua negara, terutamanya negara kita, negara yang sedang membangun.
Realitinya, apabila negara seperti Malaysia jatuh ke dalam kemelesetan ekonomi, mereka yang berada dalam B40, dan komuniti yang sangat miskin akan menderita. Sumber akan berkurangan, menyebabkan peningkatan tekanan di kalangan rakyat kita. Kita telah cukup menderita beberapa tahun lepas, adakah kita tidak belajar apa-apa daripada penderitaan tersebut?
Dengan virus covid-19 menjadi isu besar yang menyebabkan rakyat menderita, mesti diperingatkan bahawa isu pandemik dan kemeselatan ekonomi akan menyebabkan kesengsaraan yang melampau dalam kalangan rakyat negara kita. Kita tidak mampu untuk kehilangan lebih banyak nyawa, kita juga tidak boleh membiarkan rakyat kita kelaparan lagi. Kesihatan rakyat Malaysia mesti dijaga. Kita tidak boleh mengecewakan rakyat kita lagi; kita harus belajar daripada kesilapan kita sebagai pemimpin politik.
Namun begitu, kesan kemelesetan itu boleh dikurangkan oleh kerajaan dan lebih baik lagi, dengan pihak pembangkang bekerjasama dengan kerajaan untuk mewujudkan kestabilan politik yang sewajarnya sepanjang kemelesetan yang akan datang, atau sekurang-kurangnya, dalam persediaan menghadapinya.
Blok pembangkang jelas telah membuat pendirian dari segi ideologi yang dipegang sebagai sebuah parti politik. Kami di sini untuk berkhidmat kepada rakyat, untuk rakyat, bersama kerajaan. Ini bermakna kita tidak akan mengkritik kerajaan kerana isu-isu jelik, tetapi sebaliknya, berikan kritikan yang perlu kepada kerajaan, memastikan kita cukup cergas untuk memimpin negara jika kerajaan gagal berbuat demikian.
Ia bukan lagi tentang siapa yang layak menjadi kerajaan, tetapi mengenai siapa yang lebih berkemampuan untuk memimpin negara ke arah kemakmuran, dalam segala hal. Datuk Seri Hamzah dengan jelas menyatakan Perikatan Nasional (PN) sedang mewujudkan 'kumpulan pemantau' untuk setiap menteri bagi memastikan kerja-kerja akan disiapkan oleh menteri-menteri ini, dan jika tidak, maka media dan rakyat pasti akan diberitahu.
Ironinya, bukanlah 'perpaduan' yang menyatukan kita sebagai sebuah negara, tetapi mungkin perbezaan yang ada di antara kerajaan dan pembangkang bakal menyatukan kita semua. Ideologi semak dan imbang adalah sangat kritikal di negara ini kerana kerajaan mesti dikritik jika ada salah laku, dan itu adalah tanggungjawab kita sebagai pembangkang.
Mahathir Mohd Rais adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.
Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.




![“Your wedding, my dream” – [VIDEO] Aksi Pengantin Baru Buat ‘Flashmob’ Raih Pujian Netizen](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
