Sudah Datang Tetapi ‘Menghilang’, Mahkamah Keluar Waran Tangkap Ke Atas Norjuma Tak Hadir Prosiding

28 Jun 2024 • 12:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Disebabkan gagal hadir ke prosiding pagi semalam, empat mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed.

Majistret, Illi Marisqa Khalizan, Nurul Izzah Shaharuddin, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim telah mengeluarkan perintah berkenaan ke atas usahawan selebriti berusia 44 tahun selepas dia dan penjamin iaitu adiknya tidak muncul dalam kamar mahkamah walaupun nama dan kesnya disebut sebanyak tiga kali.

image is not available

 

Dah datang mahkamah tapi lesap

Sebelum itu, kelibat Norjuma dilihat hadir memakai pakaian serba hitam sekitar jam 10.30 pagi di perkarangan mahkamah dan sempat melambaikan tangan ke arah jurugambar.

Bagaimanapun, dia dikatakan berpatah balik ke tempat parkir untuk mengalihkan kenderaannya tetapi tidak memasuki mahkamah semula sehingga prosiding tamat.

“Sekarang sudah jam 11.21 pagi namun tertuduh, penjamin mahupun peguamnya tidak muncul dan saya memohon waran tangkap dikeluarkan,” mohon Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan ketika kes itu disebut di hadapan Illi Marisqan.

image is not available

Bekas personaliti televisyen itu berdepan tiga pertuduhan mencederakan tiga individu dan dua pertuduhan perbuatan khianat. Mahkamah menetapkan 26, 29 dan 30 Julai serta 2 Ogos untuk sebutan semula kes.

Untuk rekod, pada 25 April lalu, usahawan tudung itu mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat.

image is not available 1 year ago

(VIDEO) "Saya Tak Tampar Pondan" - Beri Jawapan Merapu, Datin Norjuma Didakwa Tidak 'Sihat'?