Sudah Hafal 4 Juzuk al-Quran, PU Azman Luang Masa Di Penjara Mengajar Agama Pada Banduan Lain

30 Jun 2025 • 12:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pendakwah terkenal, PU Azman atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang menyesuaikan diri dan meluangkan masanya dengan mengajar agama kepada banduan lain.

Perkara itu dikongsikan peguamnya, Mohamad Zahid Ahmad menerusi Facebook yang memaklumkan PU Azman atau mesra dengan panggilan Cik Man dalam keadaan baik malah sudah menghafaz empat juzuk al-Quran.

Beliau berada dalam jagaan yang baik dan setiap hari beliau mengajar banduan dalam penjara dan ada kalanya berkongsi ilmu dengan pegawai penjara.

Image from: Sudah Hafal 4 Juzuk al-Quran, PU Azman Luang Masa Di Penjara Mengajar Agama Pada Banduan Lain

Kredit: Kosmo

Zahid turut berkongsi penceramah selebriti berusia 44 tahun itu akan meminta untuk dibawakan buku baru setiap kali mereka berjumpa ketika dia melawatnya di penjara.

Hanya beliau sahaja yang tahu apa yang beliau rasa. Namun setiap orang ada jalan dan ceritanya sendiri. Saya yakin apa yang terjadi pada sahabat saya adalah ujian yang terbaik di sisi Allah SWT.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan PU Azman untuk menjalani hukuman serentak selama 12 tahun berbanding 24 tahun atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved