
Putera Mateen bakal berkahwin dengan pilihan hatinya.
Sudah Kenal Dari Kecil Lagi, Putera Mateen Bakal Mendirikan Rumah Tangga Januari Tahun Depan. Terkenal dengan wajah tampan serta senyuman yang memikat, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya iaitu Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam pada 11 Januari 2024.
Istiadat Perkahwinan Diraja itu bakal berlangsung selama 8 hari dan dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari kemudian diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari.

Adik kepada rakan rapat Petera Mateen
Dilaporkan bahawa wanita pilihan Putera Mateen ini merupakan adik kepada kawan rapatnya yang sering bermain bola sepak bersama iaitu Danial Deen Isa.
Dua pasangan ini juga dikatakan sering dilihat bersama termasuk ketika menghadiri majlis perkahwinan di Raja iaitu di majlis Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah bersama Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar yang diadakan pada 15 Januari di Istana Nurul Iman.

Bukan itu sahaja, pada ketika itu juga dikatakan Dayang Anisha memakai cincin berlian di jari manisnya dan ramai yang tertanya-tanya bahawa cincin tersebut merupakan ‘cincin tanda’ pemberian Putera Mateen.
Dayang Anisha yang juga cucu kepada penasihat negarawan Brunei iaitu Pehin Dato Haji Isa Awang Ibrahim mempunyai perniagaan dalam sektor fesyen dengan nama produk Slik Collective yang diusahakan bersama rakan baiknya.



