Sudah Lama Bercinta, Foto Percutian Romantik Hyuna & Junhyung Bekas Ahli BEAST Di Amerika Tular

Entertainment
22 Jan 2024 • 10:31 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Foto Yong Jun-hyung dan Hyun-a yang baru sahaja mengesahkan hubungan percintaan mereka secara terbuka telah tular.

Menurut media, gambar yang dimuat naik tersebut telah ditangkap pada November yang lalu, beberapa bulan sebelum kedua-dua penyanyi ini mengumumkan tentang hubungan mereka.

Di mana, Yong Jun-hyung dan Hyun-a telah dilihat menghabiskan masa bersama di Amerika Syarikat.

Di dalam gambar tersebut, Yong Jun-hyung telah dilihat menutup wajahnya dengan beanie dan cermin mata hitam. Manakala Hyun-a telah menarik perhatian ramai dengan wajah bersih tanpa sebarang alat solek dan hanya memakai gincu berwarna merah.

image is not available

Pasangan kekasih tersebut juga sepertinya telah menjaga jarak di antara satu sama lain dan bergerak secara berasingan di lapangan terbang tersebut sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Meskipun gambar itu telah dilihat ramai, agensi kedua-dua penyanyi tersebut berkata,

Kami tidak dapat mengesahkan apa-apa mengenai hubungan peribadi mereka.

Walaupun begitu, Yong Jun-hyung secara peribadinya telah mengesahkan hubungan percintaan mereka di platform komunikasi peminat.

La…dah lama rupanya hubungan mereka berdua ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.