“Sudah Menjadi Amalan PAS” – Mursyidul Am Kata Tak Salah ‘Derma Jihad’ Bantu MP Bayar Saman Fitnah

LocalPolitics
24 Dec 2024 • 12:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin memaklumkan tidak menjadi satu kesalahan untuk ahli PAS pelbagai peringkat memberi sumbangan dalam ‘derma jihad’ kepada Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura yang kalah dalam kes saman fitnah difailkan tiga pemimpin DAP.

Derma adalah amalan PAS

image is not available
Kredit foto: Tuan Guru Haji Hashim Jasin

Menerusi laporan daripada FMT. Hashim menjelaskan bahawa sikap bantu-membantu sudah menjadi amalan PAS sebagai parti Islam.

Iya, sepatutnya kita pakat tolong dia. Bagi saya tak salah pun kalau nak bantu, bukan dipaksa. – Katanya ringkas

Sebelum ini tersebar satu surat pekeliling yang dihantar kepada pimpinan dan ahli PAS memohon ‘derma jihad’ bagi membiayai saman fitnah dibuat oleh Siti Mastura berjumlah RM825,000.

Surat tersebut turut menyatakan bahawa jika saman tidak dilunaskan, plaintif berkemungkinan memulakan prosiding kebankrapan, yang bukan sahaja boleh menyebabkan Siti Mastura kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat, malah turut perlu mengosongkan kerusi Parlimen Kepala Batas.

image is not available
Kredit foto: The Sun

Pada 4 Disember yang lepas, Siti Mastura telah kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, dan Teresa Kok susulan ucapannya yang mengaitkan mereka dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: FMT