'Sudah panggil semula pekerja dibuang'

3 Mar 2023 • 7:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Laporan Sinar Harian.

image is not available
Sivakumar ketika merasmikan CLQ di Bangunan Moccis pada Jumaat

KUALA LUMPUR - Syarikat yang didakwa memberhentikan pekerja tempatan susulan menggajikan pekerja asing telah memanggil semula mereka yang terlibat untuk bekerja.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, perkara itu baru sahaja diterima pihaknya pada Jumaat.

"JTKSM (Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia) telah mengambil tindakan dan berita yang saya terima sebentar tadi, syarikat yang terlibat itu akan mengambil semula semua pekerja yang mereka buang," katanya pada sidang media selepas merasmikan pusat Penginapan Berpusat Pekerja (CLQ) Bangunan Moccis di sini pada Jumaat.

**media[2114258]**

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Sivakumar memberi amaran kepada majikan atau syarikat yang didapati memberhentikan pekerja tempatan selepas mendapat tenaga kerja asing.

Beliau menegaskan, majikan atau syarikat itu juga boleh didenda sehingga RM50,000 bagi setiap kesalahan kerana bertentangan dengan Seksyen 60M Akta Kerja 1955.

Dalam pada itu Sivakumar memaklumkan, setakat ini pihaknya hanya menerima laporan kejadian seperti itu berlaku di Pulau Pinang dan tiada syarikat lain yang membuat tindakan sama terhadap pekerja tempatan.

Sementara itu, Ketua Pengarah JTKSM, Datuk Asri Ab Rahman mengesahkan, tiada tindakan terhadap syarikat di Pulau Pinang yang sebelum ini memberhentikan pekerja tempatan.

Beliau menjelaskan, hal itu dianggap selesai selepas syarikat berkenaan mengambil pekerja tempatan berkenaan untuk bekerja semula.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved