Sudah sah cerai tetapi masih tinggal serumah, jabatan agama jelaskan kontroversi 'suami bermadu'. 'Tidak timbul isu isteri kahwin dua'

LocalPolitics
14 Nov 2025 • 6:28 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TULAR isu 'suami bermadu' di Kedah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) tampil menjelaskan kekeliruan yang menuntut pencerahan segera daripada pihak berkuasa agama. 

Menurutnya, tidak timbul sama sekali isu wanita tersebut berpoligami atau memiliki dua suami dalam satu masa kerana perkahwinan pertama ibu kepada tiga cahaya mata itu sudah terbubar secara sah.

Memetik Kosmo, Pengarah JHEAIK Datuk Dr Abd Ghani Zainuddin berkata, hal tersebut bukan soal wanita berpoligami, sebaliknya tinggal serumah dengan bekas suami.

“Isu yang menjadi perhatian adalah tindakan wanita tersebut masih tinggal sebumbung dengan bekas suami tanpa ikatan pernikahan yang sah selepas berlakunya perceraian itu,” katanya kepada Kosmo.

Dalam perkembangan berkaitan, JHEAIK dimaklumkan sedang menjalankan siasatan ke atas wanita berkenaan dan dua lelaki yang dikaitkan dengan di atas tiga kesalahan syariah itu.

image is not available

“Siasatan turut dijalankan ke atas dua lelaki yang dikaitkan dengan wanita berkenaan. 

"Siasatan awal mendapati wanita berkenaan sudah bercerai, namun masih menjalinkan hubungan dengan bekas suaminya itu. Tidak timbul isu kahwin dua dalam hal ini.

“Bagi kes itu wanita berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 25 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024 (Khalwat),” katanya.

Menurut Abd Ghani, wanita berkenaan juga disiasat di bawah Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 (Menghina atau menyebab dipandang hina dll agama Islam).

“Kita juga menjalankan siasatan ke atas wanita berkenaan dan suaminya di bawah Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 berkaitan kesalahan berhubungan secara akad nikah yang dibaca bersama Seksyen 14 enakmen sama berkaitan perkahwinan seseorang perempuan,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan kisah tular seorang lelaki mendakwa telah 'dimadukan' oleh isterinya. 

Malah, dia juga mendakwa dirinya 'suami kedua' dan menjadi mangsa penipuan selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya masih bergelar isteri orang. 

Mereka sebelum itu berkenalan menerusi kelab kereta dan berkahwin di Thailand.

 

Facebook : https://bit.ly/38GWnfO

Youtube : https://bit.ly/3yQMdDU

Instagram : https://bit.ly/3DAxIX3

Twitter : https://bit.ly/3N4qTQB

TikTok : https://bit.ly/3TVq6DB

#BorakBibirMerah

#SinarPlus

#madu

#poligami">