'Sudah tentu ia kad merah'

Football
16 Aug 2022 • 10:43 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nunez diarah keluar padang selepas mengasari Andersen di Anfield pada awal pagi Selasa.

DRAMA kad merah yang diterima penyerang baharu Liverpool, Darwin Nunez ketika menentang Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield pada awal pagi Selasa nyata mengecewakan peminat The Reds. Mujur, jaringan berkelas dunia Luis Diaz pada minit ke-61 memastikan Liverpool tidak pulang tangan kosong apabila mencatatkan keputusan seri 1-1. Namun, penampilan Nunez yang dibeli pada harga 75 juta euro (RM339.86 juta) lebih mencuri tumpuan susulan insiden dia menanduk muka pertahanan Palace, Joachim Andersen empat minit sebelum jaringan Diaz. Sebelum insiden layangan kad merah tersebut, penyerang antarabangsa Uruguay itu turut mengecewakan penyokong The Reds apabila gagal menyudahkan beberapa peluang terbaik. "Sekarang dia sendiri sudah tahu, sudah tentu ia kad merah. Dia diprovokasi, tetapi itu bukan cara dia sepatutnya membalas," ujar pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengulas tindakan Nunez itu. Bagaimanapun, Klopp berasa bangga apabila 10 pemainnya bangkit selepas minggu yang sukar disebabkan krisis kecederaan awal musim. Roberto Firmino, Thiago Alcantara, Diogo Jota, Joel Matip dam Ibrahima Konate terpaksa diketepikan, manakala Joe Gomez hanya cergas untuk masuk dari bangku simpanan. Nat Phillips terpaksa membuat penampilan pertama aksi EPL sejak hari terakhir musim 2020/21 di bahagian pertahanan tengah manakala Klopp tiada pilihan di bahagian serangan pada penghujung aksi. "Perasaan sebenar saya rasa ada ketika ini ialah bangga. Dengan persiapan minggu ini, ia sesuatu yang menakjubkan. Ia seperti ada ahli sihir dalam rumah, setiap kali ada seseorang menghadapi masalah," ujarnya. Sebelum ini, Klopp kecewa dengan permulaan perlahan pasukannya menyebabkan mereka kehilangan dua mata pada perlawanan pembukaan EPL menentang pasukan baru dipromosi, Fulham.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved