“Sudah Tentu Kami Faham…” Indonesia Respon Pesanan Bahasa Jawa Dari Malaysia

LocalPolitics
23 Oct 2026 • 11:12 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Sudah Tentu Kami Faham…” Indonesia Respon Pesanan Bahasa Jawa Dari Malaysia

Susulan kenyataan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan kepada Presiden Indonesia berhubung kebakaran hutan negara itu dalam bahasa Jawa, Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Sugiono tampil memberi respon.

Beliau berkata Indonesia sudah tentu memahami kesan yang dirasai negara jiran akibat kebakaran berkenaan kerana penduduknya turut terjejas akibat jerebu.

Indonesia Respon Pesanan Malaysia

Image from: “Sudah Tentu Kami Faham…” Indonesia Respon Pesanan Bahasa Jawa Dari Malaysia
Ahli Parlimen Sabak Bernam

“Sudah tentu kami faham kerana sebagai sebuah negara kami juga merasakan kesan langsung kebakaran hutan dan tanah ini, begitu juga masyarakat kami.

"Saya fikir apa yang negara jiran rasa, kami yang paling awal merasai kesannya,” katanya ketika ditemui di pejabat kementeriannya di Jakarta, Khamis.

Sugiono turut merakamkan penghargaan atas keprihatinan dan keikhlasan negara jiran yang mahu membantu Indonesia menangani situasi kebakaran hutan dan tanah.

“Kami juga berterima kasih atas niat baik untuk membantu Indonesia. Sudah tentu komunikasi dan penyelarasan dilakukan melalui pelbagai saluran, sama ada diplomatik mahupun hubungan langsung antara ketua negara,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kerajaan Indonesia terus melaksanakan pelbagai usaha bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang masih berlaku.

“Dari segi teknikal, Badan Nasional Pengurusan Bencana juga telah mengambil langkah penyelarasan bagi menangani situasi ini secara bersama,” katanya.

Baca juga:

Sebelum ini, Kalam menyampaikan pesanan kepada Prabowo menggunakan bahasa Jawa ketika persidangan membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat Malaysia, Rabu.

Kalam memaklumkan dia mahu menggunakan bahasa Jawa supaya mesejnya lebih mudah difahami pemimpin Indonesia.

“Saya ingin bercakap mengenai jerebu yang setiap tahun berpunca dari Indonesia sehingga menjejaskan Malaysia.

“Asap daripada kebakaran hutan itu menyukarkan rakyat Malaysia untuk bernafas, menyebabkan ramai mengalami batuk, tekak gatal dan sesak nafas,” antara ucapannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved