Sudah Tiba Di Tanah Air, Jenazah Wira Negara Korban Everest Akan Dibawa Ke Kampung Halaman Di Sabah

27 May 2023 • 2:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jenazah akan dibawa dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Benoni.

Sudah Tiba Di Tanah Air, Jenazah Wira Negara Korban Everest Akan Dibawa Ke Kampung Halaman Di Sabah. Sebelum ini, kita dikejutkan dengan berita di mana seorang peserta misi pendakian Malaysia Everest 2023 (ME2023) disahkan meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke Gunung Everest.

Dilaporkan, Jenazah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Ag Askandar Ampuan Yaacub yang terkorban dalam ekspedisi pendakian Gunung Everest telah berjaya dibawa balik ke tanah air dan selamat tiba di KLIA pada pagi hari ini.

image is not available
Sudah Tiba Di Tanah Air, Jenazah Wira Negara Korban Everest Akan Dibawa Ke Kampung Halaman Di Sabah. Kredit gambar: Astro Awani

Semua urusan penghantaran diselaraskan oleh Kedutaan Malaysia

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, semua urusan penghantaran itu telah diselaraskan oleh Kedutaan Malaysia di Nepal.

Jenazah diterbangkan dari Kathmandu menggunakan pesawat MH115 pada jam 11.30 malam dan tiba pagi tadi pada jam 6.25 pagi.

Jenazah kemudian dibawa balik ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat MH2646 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 2.15 petang hari ini,” jelas beliau.

image is not available
Kredit gambar: Astro Awani

Dibawa ke kediaman di Kampung Benoni, Papar, Sabah

Atas permintaan ahli keluarga, jenazah akan dibawa ke kediaman mereka di Kampung Benoni, Papar, Sabah sebelum solat jenazah dilakukan di Masjid Jamek As-Salam Benoni.

Jenazah kemudiannya bakal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Benoni untuk disemadikan mengikut upacara istiadat penghormatan APM.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga dan Al-fatihah disedekahkan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: