Sudahkah Anda Bertukar Kepada CIMB OCTO? Jika Belum, Muat Turun Sekarang

TechnologyDigital
23 Jul 2024 • 10:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pernahkah anda terfikir betapa mudahnya urusan perbankan pada masa kini? Dalam zaman digital yang serba canggih ini, perbankan atas talian telah mengubah cara kita menguruskan kewangan. Ia merupakan salah satu inovasi terbaik dalam dunia perbankan yang dapat memberikan kemudahan kepada pengguna. Segala urusan melibatkan perbankan dapat dilakukan di hujung jari dengan adanya perbankan atas talian. Oleh sebab itu, pelbagai pihak bank sentiasa berusaha dalam mengukuhkan aplikasi perbankan atas talian mereka.

image is not available

Kami yakin, pasti anda semua biasa mendengar tentang aplikasi CIMB Clicks. Kita juga dapat lihat yang mana sepanjang penawarannya, pelbagai maklum balas telah diterima. Pihak CIMB komited dalam usaha untuk terus memberi pengguna perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan urusan perbankan atas talian kekal optimum. Oleh sebab itulah, CIMB memperkenalkan aplikasi perbankan terbaru mereka iaitu CIMB OCTO pada Ogos 2022. Tentu anda tertanya-tanya, mengapa anda perlu menggunakan aplikasi CIMB OCTO dan kenapa anda perlu bertukar daripada CIMB Clicks? Jadi, akan kami rungkaikan melalui artikel ini.

CIMB Clicks Akan Ditamatkan – Muat Turun CIMB OCTO Hari Ini Sebelum Terlambat

CIMB Clicks telah menamatkan penawarannya di semua gedung aplikasi bermula 11 Jun 2024 dan hanya CIMB OCTO sahaja yang boleh dimuat turun. Oleh itu, semua pelanggan CIMB diminta untuk bertukar kepada aplikasi CIMB OCTO secepatnya sebelum penggunaannya ditamatkan sepenuhnya. Tujuan pertukaran ini adalah untuk memberikan pengalaman perbankan yang lebih baik kepada pengguna CIMB. Pengguna juga tidak lagi akan dapat memuat turun semula CIMB Clicks jika mereka menukar telefon pintar atau memadam aplikasi tersebut. Oleh sebab itulah, anda patut berpindah kepada aplikasi CIMB OCTO supaya dapat merasai sendiri pengalaman perbankan yang optimum.

Walaubagaimanapun, pengguna masih lagi boleh mengakses aplikasi CIMB Clicks yang sedia ada dalam telefon pintar anda sehingga aplikasi tersebut ditamatkan sepenuhnya menjelang suku pertama 2025. Ini dapat memberikan pengguna masa yang secukupnya untuk bertukar daripada aplikasi CIMB Clicks kepada CIMB OCTO. 

Mengapa Anda Perlu Memuat Turun Aplikasi CIMB OCTO?

image is not available

Dikala kita berbicara tentang aplikasi CIMB OCTO, tentu anda tertanya-tanya apakah ciri yang ada dalam aplikasi tersebut. Aplikasi CIMB OCTO dilengkapi dengan pelbagai ciri perbankan digital yang mampu memenuhi kehendak pengguna seperti DuitNow, DuitNow QR, JomPAY, kemudahan tambah nilai prabayar dan banyak lagi. CIMB OCTO juga dilengkapi dengan fungsi Cross Border QR di mana pengguna boleh membuat transaksi di Thailand, Indonesia dan juga Singapura. Antara ciri lain yang akan datang adalah DuitNow Cross Border, dimana pengguna boleh menghantar ataupun menerima duit dari Singapura dengan lebih mudah. Anda hanya perlu memasukkan nombor telefon pada tempat penerima dan seterusnya memasukkan amaun yang ingin dipindahkan. 

image is not available

Bukan itu sahaja, anda boleh memeriksa butiran, nombor CVV dan tarikh luput kad kredit CIMB dengan lebih mudah melalui aplikasi CIMB OCTO. Anda juga boleh mengakses semula resit transaksi di bahagian sejarah transaksi pada bila-bila masa. Malah, anda turut boleh mengubah suai paparan latar belakang resit dengan pelbagai tema seperti tema hari lahir, ucapan tahniah dan sebagainya.

Bagi memudahkan lagi urusan perbankan digital, anda kini boleh meluluskan transaksi termasuk perkhidmatan kad kredit atas talian dengan hanya satu sentuhan sahaja dengan SecureTAC di CIMB OCTO. Anda juga diberikan kebebasan untuk memperibadikan antaramuka mengikut kepentingan perbankan anda. Ini sedikit sebanyak dapat mempercepatkan dan memudahkan lagi pengurusan yang melibatkan perbankan anda. 

Muat Turun Aplikasi CIMB OCTO Dari Sumber Yang Sah

Sejak kebelakangan ini, kita dapat lihat “scammer” sudah semakin celik teknologi dimana mereka seringkali bertukar-tukar modus operandi untuk mencuri maklumat perbankan. Ini termasuklah menghantar fail aplikasi palsu yang mengandungi perisian hasad melalui media sosial, dimana ia dirancang untuk menggodam data melalui peranti kita. 

Oleh sebab itu, semua pengguna sentiasa diingatkan untuk kekal bijak dan tidak memuat turun aplikasi CIMB OCTO dari pautan atau sumber yang tidak diketahui. Melalui saranan ini, ia akan dapat membantu dalam mengurangkan kebarangkalian bagi kecurian maklumat perbankan seperti kata laluan dan nombor PIN. Jadi, anda dinasihatkan untuk hanya memuat turun CIMB OCTO dari gedung aplikasi rasmi seperti Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, aplikasi CIMB OCTO ini dapat memudahkan pengguna apabila melakukan urusan perbankan atas talian melalui pelbagai ciri yang sedia ada seperti Cross Border QR dan SecureTAC, termasuk fleksibiliti untuk memperibadikan antaramuka mengikut citarasa anda. Tambahan lagi, aplikasi ini turut dinaik taraf sistem keselamatannya supaya dapat memberi anda pengalaman penggunaan yang lebih selamat dan lebih berkeyakinan untuk membuat transaksi.

Sejak 11 Jun 2024, CIMB Clicks telah menamatkan penawarannya dan tidak lagi tersedia di semua gedung aplikasi. Dengan itu, hanya aplikasi CIMB OCTO sahaja yang boleh dimuat turun. Jadi, jangan lupa untuk muat turun aplikasi CIMB OCTO sekarang melalui Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery.

Penafian : Advertorial daripada CIMB

View Original Article