Sufian Suhaimi Dedah Hubungan Dengan Bekas Kekasih Kembali Terjalin!

EntertainmentMusic
23 Jan 2025 • 5:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Sufian Suhaimi

Penyanyi popular, Sufian Suhaimi mengesahkan hubungan dengan bekas kekasihnya, Rania Al Sadat kini kembali terjalin.

Menurut laporan mStar, Sufian meluahkan rasa syukur atas doa-doa baik daripada semua pihak.

Ya, kami sudah kembali bersama. Status sekarang dia kekasih saya. Insya-Allah, kalau jodoh sudah sampai saya akan berkahwin.

Sufian turut menyatakan bahawa jika dia dan Rania sudah bersedia, mereka tidak akan menangguhkan perancangan untuk melangsungkan pernikahan.

Sufian Suhaimi tak buat majlis tunang, terus nikah!

image is not available

Bukan tu jer, Sufian juga mendedahkan bahawa dia tidak bercadang untuk mengadakan majlis pertunangan dan akan terus melangsungkan pernikahan apabila tiba masanya.

Mungkin selepas ini saya terus berkahwin, tiada majlis tunang. Tapi tak tahu lagi tahun ini atau bila, insya-Allah doakan saya.

Punca perpisahan bukan kerana orang ketiga

image is not available

Mengulas mengenai perpisahan mereka sebelum ini, Sufian menafikan ia berpunca daripada kehadiran orang ketiga. Sebaliknya, dia percaya komunikasi adalah kunci utama dalam sesebuah hubungan.

Tiada orang ketiga bila kami berpisah… Kita kena berkomunikasi daripada sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar perkara.

#OhmediaNasihat

Jodoh itu rahsia Tuhan, dan semuanya akan indah pada waktunya. Komunikasi yang baik adalah asas dalam membina hubungan yang kukuh dan penuh pengertian.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.