Siasat mereka yang tidak hormat lagu Negaraku

29 Sep 2019 • 7:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Netizen di Facebook meminta polis menyiasat tindakan sekumpulan individu yang tidak berdiri bagi menghormati lagu Negaraku.

Ia berikutan klip video parti yang diadakan warga tempatan itu tular di media sosial semalam.

Video berdurasi 22 saat itu dipercayai dimuat naik pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Shaow Tung Leong yang turut menyatakan bahawa tindakan tersebut diambil kerana menyanyikan lagu itu bukan urusannya.

Muhammad Adam dalam komennya menyatakan semua rakyat Sarawak menghormati lagu Negaraku.

"Tak hormat lagu Negaraku? Ini rakyat Malaysia? Orang Sarawak ke ini? Orang Sarawak hormat lagu Negaraku," katanya.

Sementara itu Aid Fawzal meminta polis mengambil tindakan terhadap tindakan pihak terlibat yang disifatkan berlagak.

"Perlu diajar adab supaya menjadi pedoman kepada yang lain," katanya.


View Original Article