Suis Soket Wad Zon Merah HTAR Terbakar

22 Jul 2025 • 7:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

SHAH ALAM, 22 Julai (Bernama) — Keadaan di wad zon merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini cemas selepas suis soket di wad itu terbakar, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kejadian sekitar 5 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa serta kerosakan yang teruk.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.13 petang sebelum tujuh anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati kebakaran hanya melibatkan suis soket di wad zon merah HTAR,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata api bagaimanapun telah dipadamkan oleh pihak hospital sebelum ketibaan bomba dengan anggaran kemusnahan satu peratus dan tidak melibatkan mangsa.

https://x.com/BernamaTV/status/1947616409435181482

Sumber: Bernama