Suka baca berita dalam Bahasa Melayu? Anda kini boleh klik aje di Google News

Digital
5 Oct 2023 • 11:20 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Walaupun Bahasa Inggeris merupakan bahasa global, namun ada sesetengah orang lebih gemar menggunakan Bahasa Melayu.

Sejajar dengan itu, khusus untuk pembaca di Malaysia, Google secara rasminya memperkenalkan Google News dalam pilihan Bahasa Melayu. Langkah ini menunjukkan Google komited memudahkan pembaca mendapat akses berita-berita tempatan.

Google mengharapkan dengan langkah pengenalan ini membolehkan lebih ramai orang mendapatkan berita yang diingini daripada sumber yang sahih untuk mengelakkan penyebaran berita palsu.

Anda boleh mengakses pilihan berita dalam Bahasa Melayu ini menerusi laman web Google dan aplikasi Android atau iOS. Google News akan membawa pembaca terus ke laman web penerbit apabila mereka klik pada pautan.

image is not available

Google turut berkongsi bahawa Google News telah menghantar lebih daripada 66 juta lawatan ke laman web penerbit Malaysia setiap bulan tanpa sebarang caj pada tahun 2022. 

Selain itu, Google juga menyatakan bahawa mereka akan melabur dalam Google News Initiative untuk menyokong kewartawanan berkualiti dan perkembangan berita dalam talian di Malaysia.

Jadi lepas ini sebelum kongsi sebarang berita, pastikan semak dulu kesahihannya di Google News. Tak pasti jangan kongsi, okay?