Suka Bergambar Depan Maybank Kota Kinabalu, Ini Respon Pelancong China

13 Aug 2024 • 11:47 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Maybank KK jadi kegemaran tempat bergambar, ini kata pelancong China

Suka Bergambar Depan Maybank Kota Kinabalu, Ini Respon Pelancong China. Baru-baru ini, sebuah cawangan Maybank di Kota Kinabalu telah menjadi perbualan hangat di seluruh Malaysia kerana lokasi popular untuk bergambar, terutamanya di kalangan pelancong dari negara China.

Selepas ramai orang tertanya-tanya mengapa bangunan tersebut menjadi tumpuan, seorang pengguna TikTok telah pergi ke sana untuk menemubual pelancong-pelancong China yang berada di lokasi itu.

image is not available
Suka Bergambar Depan Maybank Kota Kinabalu, Ini Respon Pelancong China

Salah seorang pelancong yang ditemubual menjelaskan bahawa mereka tertarik untuk bergambar di bangunan tersebut kerana warna barner yang dipaparkan sangat menyerlah dan terang serta menjadikan mood masing-masing menjadi gembira.

“Warnanya sangat menyerlah dan saya rasa ia membuat kami berasa tenang, sekali gus menjadikan mood kami sangat gembira,” kata wanita tersebut, menurut sumber.

Beberapa wanita lain juga mendedahkan bahawa lokasi ini telah menjadi popular di media sosial mereka yang dikenali sebagai Xiangshou atau RED, dan mereka tertarik dengan keunikannya.

Malah, ramai influencer dari sana yang telah bergambar di bangunan ikonik tersebut dan memuat naik gambar-gambar itu di media sosial mereka. Ini menyebabkan ramai orang menganggapnya sebagai sesuatu yang ‘cool’.

Memang tidak dapat dinafikan, dengan banner berwarna kuning serta lorong kecil di situ, ia memberikan komposisi yang menarik untuk tujuan fotografi.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata penduduk tempatan meluahkan rasa bangga dan berharap bangunan itu akan dijaga dengan baik kerana ia telah menjadi satu tempat tarikan pelancong.

Baca juga artikel yang berkaitan: