Suka ‘Camping’! Ramai Tumpang Gembira Lihat Keadaan Ainul Mardhiah Semakin Sihat, Aktif

LocalFamily & Parenting
14 Jul 2025 • 12:23 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ramai tumpang gembira apabila melihat adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 7, yang pernah menderita menderita kanser ‘Germ Cell Tumor’ di mulut semakin sihat, aktif dan ceria.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak di Facebook, dia membawa Ainul dan anak-anak yang lain berkelah di kawasan rekreasi.

Dalam perkongsian tersebut, Ainul yang dikatakan gemar dengan aktiviti berkelah kelihatan gembira bermain bersama adik-beradik yang lain.

Ramai tumpang gembira

image is not available
image is not available image is not available image is not available

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah. Ainul dan camping, dunia dia di sini,” ujar Ahmad Safiuddin.

Sekadar info, Ainul Mardhiah berjaya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di hospital kanak-kanak di London, pada 10 Jun 2019.

Pembedahan membabitkan perbelanjaan mencecah RM1 juta itu berjaya dilakukan oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway, selain bantuan pelatih pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri.

Sumber: Facebook @Ahmad Safiuddin