“Suka Jatuhkan Bangsa Sendiri!” – Netizen Kutuk Impian Tokti Sepentas Dengan Adele, Iqbal Tampil Bersuara

Music
6 Jul 2022 • 2:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, penyanyi tersohor Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza ada berkongsikan impian beliau untuk bernyanyi bersama penyanyi hebat antarabanga iaitu Adele.

Bagaimanapun, apabila melihat di ruangan komen portal yang dimuat naik dalam Facebook Gempak, rata-rata netizen seperti tidak memberi sokongan dan meminta agar Siti berpijak pada bumi yang nyata.

Barangkali berasa berang melihat komen-komen daripada netizen, usahawan sensasi iaitu Iqbal Zulkefli tampil menyuarakan pandangannya mengenai sikap sesetengah netizen ini di Insta Storynya.

image is not available

Melalui Insta Story Iqbal, dia meluahkan rasa tidak puas hati kepada netizen yang memandang remeh terhadap impian penyanyi hebat meskipun beliau merupakan penyanyi yang dipandang tinggi di Asia.

Dalam pada itu, Iqbal turut berkata sampai bila rakyat Malaysia mahu menjadi bangsa yang sering memperkecilkan sesama bangsa dan tidak menyokong antara satu sama lain.

Sebelum ini, Datuk Siti Nurhaliza ada memuat naik sebuah video di laman Instagram meluahkan rasa teruja dapat lihat nyanyian Adele secara langsung di Hyde Park.

image is not available 6 jam lalu

'Update' Status Sedih Dan Foto Anak Menantu, Instagram Story Ibu Syamsul Yusof Jadi Perhatian