Suka Melanggar Peraturan Sekolah, Joe Flizzow Minta Maaf Pada Hannah Yeoh Yang Pernah Jadi Ketua Pengawasnya 

9 Dec 2022 • 1:03 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Joe Flizzow mengimbau kembali kenangan ketika bersekolah di (SMK) Subang Utama. - Gambar dari Instagram

Baru-baru ini, rapper Malaysia paling berpengaruh, Joe Flizzow atau The President telah kembali semula ke sekolah lamanya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Utama untuk menjayakan penggambaran yang difahamkan untuk sebuah projek dokumentari. 

image is not available
Joe Flizzow

Dalam dalam hantaran di IG Storiesnya, Joe menunjukkan suasana persekitaran di sekolah lamanya itu, kelas tempat dia belajar dan tempat duduknya di dalam kelas tersebut. 

“Walking down the memory lane (berjalan di lorong silam),” kata Joe Flizzow. 

image is not available

Bahkan, dia turut memuat naik senarai nama Ketua Pengawas di sekolah berkenaan mengikut penggal tahun dan tertera nama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang memegang jawatan tersebut dari tahun 1995 dan 1996.

Joe turut meletakkan tagging @hannayeoh menerusi hantaran tersebut. 

image is not available
Hannah Yeoh - Gambar fail

Menerusi hantaran yang sama, Hannah Yeoh membalas: “Joe Flizzow, Saya rasa pada masa itu anda tidak menyukai peringatan saya tentang tag name, cecair pemadam, baju yang tidak  dimasukkan (dalam celana), rambut yang funky dan banyak lagi”. 

Wah! Daripada kata-kata Hannah Yeoh itu, nampaknya kita memang sudah dapat membayangkan bahawa Joe sewaktu bersekolah memang seorang yang nakal, tidak gemar mengikut peraturan sekolah dan mungkin juga sedikit ‘rebel’. 

Ciri-ciri yang memang perlu ada untuk seseorang artis Hip Hop pada zaman awalnya sebelum berjaya dengan muzik dan kerjaya seninya. 

Joe Flizzow kemudian membalas kata-kata Hanna Yeoh: “Maaf kerana memberi masalah kepada anda YB”.  – Getaran, 9 Disember 2022