Sukan Asia: Malaysia sasar lima pingat e-sukan, emas ditawar RM20,000

LocalGaming
21 Sep 2026 • 3:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Sukan Asia: Malaysia sasar lima pingat e-sukan, emas ditawar RM20,000

SHAH ALAM, 21 SEPT: Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya lima pingat dalam sembilan acara e-sukan pada Sukan Asia Aichi-Nagoya, dengan ganjaran RM20,000 ditawarkan bagi setiap pasukan yang meraih emas.

Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF), Naim Al-Amin Saharudin berkata insentif itu meliputi pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) serta mana-mana pasukan e-sukan negara yang berjaya meraih emas.

Beliau berkata demikian pada hari ketiga MLBB Malaysia Professional League (MPL MY), hari ini, sambil menyeru rakyat Malaysia memberi sokongan kepada kontinjen negara.

“MESF akan menawarkan ganjaran RM20,000 kepada pasukan MLBB, serta mana-mana pasukan e-sukan lain yang memenangi pingat emas untuk negara.

“Marilah kita terus menyokong dan memberi semangat kepada Team Malaysia. Semoga berjaya kepada anda semua,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Malaysia akan beraksi dalam sembilan daripada 11 acara e-sukan, dengan MLBB, Honor of Kings (HOK), E-Racing, E-Football dan Identity V antara prospek utama meraih pingat.

Image from: Sukan Asia: Malaysia sasar lima pingat e-sukan, emas ditawar RM20,000
Antara pasukan e-sukan Malaysia yang membawa cabaran negara pada Sukan Asia Aichi-Nagoya, dengan misi memburu pingat dan mengharumkan nama Malaysia. Foto Facebook Malaysia Esports Federation

Kontinjen negara membabitkan 44 atlet dan lapan jurulatih, dengan hampir keseluruhan skuad terdiri daripada muka baharu.

Dalam perkembangan lain, Naim turut memohon maaf kepada penyokong berhubung kontroversi membabitkan pemain veteran MLBB, Zul Hisham “Xorn” Noor, yang tidak disenaraikan dalam skuad akhir Sukan Asia.

Xorn sebelum ini membantu Malaysia menewaskan Indonesia 2-1 dalam kelayakan Asia Tenggara, namun mendakwa mengetahui mengenai penyingkirannya melalui WhatsApp.

Naim berkata beliau kemudian bertemu Xorn bagi menjelaskan salah faham berhubung perkara itu.

Image from: Sukan Asia: Malaysia sasar lima pingat e-sukan, emas ditawar RM20,000
Antara pasukan e-sukan Malaysia yang membawa cabaran negara pada Sukan Asia Aichi-Nagoya, dengan misi memburu pingat dan mengharumkan nama Malaysia. Foto Facebook Malaysia Esports Federation

Beliau turut meminta penyokong terus memberi sokongan kepada pemain yang membawa cabaran negara.

“Apabila kami memberikan tanggungjawab ini kepada pemain, kami sebagai peminat juga mempunyai tanggungjawab untuk terus memberikan sokongan penuh kepada pasukan di mana sahaja mereka bertanding,” katanya.

Sementara itu, MPL Malaysia Musim 18 berehat dua minggu bagi memberi laluan kepada Sukan Asia sebelum bersambung semula pada 8 Oktober.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved