
Setiap empat tahun, Sukan Olimpik tidak hanya menampilkan kemuncak kehebatan olahraga tetapi juga berperanan sebagai sebuah pentas global untuk budaya, fesyen, dan kebanggaan negara. Di antara pelbagai aspek yang menarik penonton dari seluruh dunia, satu elemen menonjol kerana gabungan gaya dan simbolismenya adalah baju uniform Sukan Olimpik.
Sepanjang sejarah Sukan Olimpik ini, beberapa negara telah meninggalkan satu tanda yang tidak dapat dilupakan dengan reka bentuk baju sukan yang digayakan oleh barisan atlet negara masing-masing ketika perarakan acara pembukaan.
Menyentuh soal baju uniform Olimpik 2024 untuk kontinjen Malaysia yang diperkenalkan kepada umum baru-baru ini, ia telah menjadi bualan ramai dek kerana rekaannya dilihat menghampakan rakyat Malaysia. Bahkan, rata-rata netizen mengecam rekaan tersebut menerusi media sosial berikutan ia dikatakan agak memalukan imej negara sebagai sebuah negara yang sedang berkembang pesat dengan banyak bangunan pencakar langit yang kian naik dibina.
Baju uniform yang dipakai oleh barisan atlet untuk Sukan Olimpik pertama kali akan dilihat ketika mereka memasuki Stadium Olimpik setiap kali acara pembukaan untuk sukan mega ini. Jadi, sudah pastinya rekaan baju sukan ini memainkan peranan cukup penting kerana ia melambangkan negara kita.
Baju uniform terbaik dalam sejarah Sukan Olimpik
Menerusi artikel ini, kami akan imbas semula rekaan baju uniform terbaik dalam sejarah Sukan Olimpik dari beberapa buah negara yang bertanding di dalam acara sukan berprestij ini.
Jepun (Olimpik Sydney 2000)

Semua mata pastinya akan tertarik melihat pada kombinasi warna warni kot hujan dan baju T yang dipakai oleh atlet Jepun sewaktu perarakan masuk kontinjen negara itu di Olimpik Sydney pada tahun 2000.
Malaysia (Olimpik London 2012)

Dengan kombinasi warna kuning dan oren, negara kita Malaysia yang mewakili Asia Tenggara berjaya menarik perhatian dunia ketika acara pembukan Olimpik di London pada ketika itu.
New Zealand (Olimpik Athens 2004)

Ketika Olimpik 2004 yang mana Athens menjadi tuan rumah, pasukan kontinjen New Zealand telah dilihat menggayakan baju uniform rona monokrom dalam menghormati pasukan ragbi yang dikenali sebagai All Blacks.
Sweden (Olimpik Athens 2004)

Delegasi Sweden membuktikan yang sentuhan klasik itu wujud untuk satu sebab. Dengan dress putih kosong berserta beg sandang tepi bersaiz kecil di dalam rona negara Sweden menggabungkan stail dan kesederhanaan.
United Kingdom (Olimpik London 2012)

Di dalam baju uniform serba putih dengan perincian keemasan, semua mata memandang ke arah atlet kontinjen UK sewaktu perarakan masuk acara sukan berprestij itu yang di mana mereka menjadi tuan rumah.
Jamaica (Olimpik London 2012)

Direka oleh Cedella Marley, anak perempuan kepada Bob Marley, baju uniform yang cukup vibrant ini berjaya merakam semangat negara itu dan pastinya akan diingati sepanjang zaman sekaligus dengan rekod Usain Bolt.
Jepun (Olimpik Tokyo 1964)

Kali terakhir Jepun menjadi tuan rumah untuk Olimpik, mereka berjaya mencuri spotlight sewaktu perarakan acara pembukaan sukan berprestij itu. Dengan jaket merah, seluar putih dan pergerakan yang menakjubkan, kontinjen atlet mereka berjaya mencipta efek visual yang mengagumkan buat penonton.
Australia (Olimpik Rio 2016)

Sewaktu Sukan Olimpik di Rio, atlet kontinjen Australia memilih untuk melihat semula uniformnya tahun 1924. Jaket belang dan celana pendek putih telah dipilih untuk dipadankan dengan cuaca iklim tropika akan negara Amerika Selatan itu.
Dengan kompilasi akan baju uniform terbaik dalam sejarah Sukan Olimpik ini, agaknya negara mana yang bakal tampil dengan sepersalinan yang mengagumkan pada Olimpik 2024 Paris? Kita nantikan.
Sumber: Yahoo!
Kredit foto Hero & Featured:
Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia
