Sukarelawan GSF Mohon Maaf Campak Coklat Ke Laut, Harap Sampai Kepada Anak-Anak Di G

World
18 May 2026 • 9:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Perkongsian seorang sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) dikenali sebagai Haroqs mencuri perhatian ramai selepas dia memuat naik video mencampakkan beberapa coklat ke laut.

Meskipun tindakan itu mengundang pelbagai reaksi, luahan yang ditulisnya membuatkan ramai tersentuh apabila dia berharap coklat tersebut sampai kepada anak-anak di G.

Haroqs mohon maaf jika ada yang kurang senang

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, Haroqs tampil memohon maaf sekiranya perbuatannya itu dianggap tidak sopan dan boleh mencemarkan kehidupan laut.

Dalam masa sama, dia menjelaskan tindakannya dibuat kerana berharap pemberian tersebut sampai kepada anak-anak di G.

Image from: Sukarelawan GSF Mohon Maaf Campak Coklat Ke Laut, Harap Sampai Kepada Anak-Anak Di G
Kredit: Thread Haroqs

Dalam perkongsian lain, Haroqs turut menitipkan doa agar penduduk di G diberikan rezeki, kesembuhan dan kehidupan yang lebih baik.

gsf
Kredit: Thread Haroqs

Selain itu, dia turut meluahkan rasa sedih apabila mendakwa individu yang dianggap seperti kakak dan abangnya dihina, sedangkan mereka mempunyai niat murni dalam misi tersebut.

Pssttt! Dalam setiap perkara yang tular, pasti ada pelbagai pandangan daripada orang ramai. Ada yang melihat dari sudut niat, ada juga yang menilai kesan daripada tindakan tersebut. Apa pun, semoga isu ini dapat dijadikan ruang untuk semua pihak lebih berhati-hati dalam berkongsi sesuatu di media sosial, terutama apabila ia melibatkan perkara sensitif dan perhatian ramai.

Kredit: Thread Haroqs
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Sukarelawan GSF Mohon Maaf Campak Coklat Ke Laut, Harap Sampai Kepada Anak-Anak Di G appeared first on Oh! Media.
View Original Article