Menjelang temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-21, sembilan daerah di Sarawak bakal dikunjungi oleh peminat peminat sukan iaitu daerah Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Mukah, Sibu, Bintulu dan Miri. Setiap daripada daerah itu mempunyai keistimewaan dan keunikkannya tersendiri yang bakal menjadi tarikan kepada para pengunjung.


