Sulami ibadah haji bersama inovasi digital Glocal Pilgrims Alert

TechnologyTravel
6 Oct 2026 • 10:28 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sulami ibadah haji bersama inovasi digital Glocal Pilgrims Alert

KUALA LUMPUR – Inovasi digital bukan sekadar memainkan peranan penting dalam pengoperasian perniagaan, pekerjaan dan rutin harian tetapi juga dalam soal ibadah yang dapat melancarkan lagi urusan mengerjakan haji dan juga umrah.

Melihat kepada pelbagai ca­baran dalam pengurusan jemaah yang dapat disepadukan dengan permodenan infrastruktur oleh kerajaan Arab Saudi, Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd. (Glocal Travel) telah memper­kenalkan aplikasi pengurusan pintar iaitu Glocal Pilgrims Alert bagi menyampaikan notifikasi masa nyata mengenai jadual pergerakan, titik perhimpunan serta makluman penting terus kepada jemaah.

Glocal Travel telah me­nerima lesen PJH Musim Haji 1448H/2027M daripada Tabung Haji pada 1 September lalu dan kini syarikat aktif memper­kenalkan empat pilihan pakej ha­ji 1448H berserta aplikasi ber­ke­naan.

Image from: Sulami ibadah haji bersama inovasi digital Glocal Pilgrims Alert

Pakej baharu itu adalah Pakej Elaf Eksklusif, Pullman Clock Tower ECO, Pullman Clock Tower Premium dan Pullman Private bagi memenuhi pelbagai profil keperluan jemaah.

Ketua Pegawai Eksekutif Glocal Travel, Datuk Mohd. Idzham Mohd. Isa berkata, keutamaan pengurusan haji masa kini perlu berteraskan pendekatan holistik yang menyepadukan bimbingan rohani, logistik yang efisien dan sokongan operasi berterusan.

“Untuk Musim Haji 1448H, fo­kus kami bukan sekadar menawarkan pakej, sebaliknya me­nyediakan satu pengalaman per­jalanan haji yang tersusun da­ripada persediaan sebelum be­rangkat, bimbingan ibadah, penginapan, hinggalah pengurusan di Tanah Suci dan fasa Mashair.
“Prinsip kami mudah iaitu ma­hu semua jemaah fokus sepenuhnya kepada ibadah, manakala urusan perjalanan kami bantu kendalikan,” katanya dalam majlis pelancaran pakej haji tersebut di sini baru-baru ini.
Mohd. Idzham menerangkan, aplikasi Glocal Pilgrims Alert akan berfungsi sebagai pen­jeja­kan lokasi yang akan dapat mem­bantu pasukan operasi me­ngesan jemaah yang terpisah da­ripada kumpulan tanpa mengabaikan aspek privasi.

Image from: Sulami ibadah haji bersama inovasi digital Glocal Pilgrims Alert

Tambah beliau, integrasi tek­nologi berkenaan direka khas untuk menyokong petugas dan bukannya membebankan jemaah.

“Teknologi berfungsi sebagai alat sokongan kepada petugas di lapangan. Maklumat penting tetap di­salurkan melalui saluran mesra pengguna seperti notifikasi ringkas dan WhatsApp.

“Teknologi membantu operasi, namun sentuhan kemanusia­an dan keprihatinan petugas te­tap menjadi keutamaan,” kata­nya.

Selain itu, dari sudut pengurusan fasa kritikal di Mashair, Glocal Travel turut menawarkan Perkhidmatan Mashair Naik Taraf (PMN) yang merangkumi peningkatan fasiliti khemah, ruang solat dan makan yang lebih selesa, kemudahan rehat serta penyelarasan pengangkutan yang lebih efisien.

Bagi mengukuhkan bimbingan rohani, barisan pembimbing dan penasihat syariah berpengalaman turut dilantik bagi me­mimpin jemaah sepanjang perjalanan. -KOSMO! ONLINE

The post Sulami ibadah haji bersama inovasi digital Glocal Pilgrims Alert appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved