Sulawesi Selatan dilanda banjir kilat

2 Feb 2023 • 1:19 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JAKARTA: Hujan lebat selama beberapa jam telah mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di bandar Parepare, Sulawesi Selatan malam tadi, lapor media tempatan.

Sekurang-kurangnya dua orang hilang selepas tanah runtuh melanda Kesuma Timur Road yang terletak di pantai barat daya Sulawesi.

Kawasan yang terjejas teruk iaitu Lumpue, Lappadde dan Lemoe dengan lebih 100 rumah dan kemudahan awam dinaiki air.

Berikutan itu, penduduk di kawasan terjejas terpaksa dipindahkan kira-kira pukul 8 malam dengan bantuan Agensi Mitigasi Bencana (BPBD).

Beberapa video yang tular di media sosial menunjukkan kerja-kerja memindahkan pesakit hospital sedang dilakukan dan penduduk terperangkap di dalam rumah yang dinaiki air.

BPBD sedang membuat semakan untuk mengenal pasti jumlah sebenar mangsa yang terlibat dalam banjir kilat itu.

Pada bulan lalu, lima orang maut dalam banjir kilat yang melanda Bandar Manado di Sulawesi Utara. -Bernama