SHAH ALAM, 7 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Seksyen 7, di sini hari ini.
Keberangkatan tiba Baginda pada jam 12.15 tengah hari disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.
Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Hadir sama EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah, EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi, EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Salehuddin Saidin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.
Solat Jumaat pimpiman Ustaz Muhammad Faaiz dihadiri kira-kira 2,000 jemaah.
Usai solat, Sultan Sharafuddin berkenan meluangkan masa bersalaman dengan jemaah yang hadir.
The post Sultan berkenan solat Jumaat di Masjid Seksyen 7 Shah Alam appeared first on Selangorkini.


