Sultan Brunei Bersama Anakanda Kini Di Kuching, Beri Penghormatan Terakhir Buat Tun Taib

22 Feb 2024 • 1:55 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sultan Brunei beri penghormatan terakhir kepada Tun Taib

Sultan Brunei Bersama Anakanda Kini Di Kuching, Beri Penghormatan Terakhir Buat Tun Taib. Dilaporkan bahawa, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar A’li Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan, sejurus tiba, Sultan Hassanal dijadual akan ke Masjid Demak sebelum hadir ke istiadat pengebumian negeri di tanah perkuburan keluarga Allahyarham Tun Taib di Demak Jaya.

image is not available
Sultan Brunei Bersama Anakanda Kini Di Kuching, Beri Penghormatan Terakhir Buat Tun Taib. Kredit foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Turut hadir menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal dan anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam ke Malaysia Brigadier Jeneral (B) Dato Paduka Mahmud Saidin dan Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak di Kementerian Luar Negeri Fenny Nuli.

Mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, 87 tahun, telah meninggal dunia pada kira-kira jam 4.40 pagi semalam dan Kerajaan Sarawak mengisytiharkan Sarawak berkabung selama dua hari sehingga hari ini.

Lagi perkembangan terkini di sini: