Sultan Ibrahim berkenan terima menghadap Menteri Komunikasi dan Digital

12 Mar 2023 • 4:32 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil di Istana Bukit Serene di sini hari ini.

Menerusi satu kemas kini di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, pertemuan yang berlangsung lebih sejam itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek.

Dalam pertemuan itu Sultan Ibrahim turut berkenan meraikan tetamu Baginda dalam satu majlis santapan ringan.

Terdahulu pada sebelah pagi Fahmi mengadakan kunjungan hormat keatas Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di kediaman rasminya di Saujana di sini.

Fahmi kini berada di Johor sempena lawatan kerja rasmi selama tiga hari bermula semalam.

Semalam, Fahmi bersama rombongan pengurusan kementerian mengadakan lawatan ke Iskandar Puteri Data Center dan Iskandar Malaysia Studios di Iskandar Puteri selain meninjau operasi serta merasmikan pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Johor yang baharu selesai menjalani pengubahsuaian. - Bernama