Sultan Ibrahim terima menghadap KPN, Pengarah Pengurusan

LocalPolitics
13 Oct 2026 • 3:29 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sultan Ibrahim terima menghadap KPN, Pengarah Pengurusan

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail hari ini. 

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap itu berlangsung di Istana Negara di Kuala Lumpur.

Dalam sesi menghadap itu, Mohd. Khalid memperkenalkan Timbalan Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid kepada Seri Paduka.

Abdul Aziz dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 9 September lalu. 

Mohd. Khalid turut memperkenalkan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu iaitu Datuk Mohamad Zainal Abdullah.

Mohamad Zainal yang sebelum ini menyandang jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak, dilantik sebagai Pengarah Pengurusan PDRM berkuat kuasa 15 September lalu.- UTUSAN

 

The post Sultan Ibrahim terima menghadap KPN, Pengarah Pengurusan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved