Sultan Ibrahim terima menghadap Panglima Angkatan Tentera

7 Dec 2023 • 3:45 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman di Istana Flintstones, Mersing.

Menurut satu hantaran menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim, turut hadir ialah Panglima Tentera Darat Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Pertemuan kedua-dua pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia itu bersama baginda berlangsung selama hampir satu jam dan membincangkan pelbagai perkara sebelum diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari.

Sultan Ibrahim turut berkenan menerima cenderahati daripada Mohammad dan Muhammad Hafizuddeain. -Bernama