Sultan Johor Berkenan Berbuka Puasa Bersama Pengurusan Media Tempatan

17 Apr 2023 • 11:52 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama pengurusan media tempatan di Istana Polo, Pasir Pelangi di sini, semalam. - Gambar dari Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama pengurusan media tempatan di Istana Polo, Pasir Pelangi di sini, semalam.

Pihak pengurusan media tempatan itu terdiri daripada pengamal media, ketua-ketua pengarang, editor-editor dan ketua-ketua pegawai eksekutif.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu.

Berangkat sama pada majlis berbuka puasa itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin. - Bernama