Sultan Johor Lantik TMJ Selaku Pemangku Raja Johor

16 Jun 2022 • 1:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
tmj

Menerusi laporan Kosmo, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Pemangku Raja Johor mulai hari ini.

Baginda bertitah demikian pada hari ini, ketika berucap merasmikan Persidangan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar.

image is not available

Saya melantik Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja, saya ingin berehat sekejap, terima kasih, mulai hari ini.

Bagaimanapun, Baginda tidak memaklumkan pelantikan itu berkuat kuasa sampai bila.

Kali terakhir Tunku Ismail dilantik menjadi Pemangku Raja adalah pada 11 Ogos 2019.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media