Sultan Johor terima menghadap Salahuddin

LocalPolitics
11 Dec 2022 • 1:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Johor pada Ahad berkenan menerima menghadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub. - Foto: The Royal Johor

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Ahad berkenan menerima menghadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menerusi satu hantaran dalam Facebook rasmi baginda, pertemuan itu berlangsung selama kira-kira sejam di Johor Bahru.

"Pertemuan itu juga merupakan kunjungan hormat pertama beliau kepada Tuanku Sultan Ibrahim selepas pelantikan ke barisan menteri Persekutuan yang diumumkan pada minggu lepas,” menurut hantaran itu.

Salahuddin ialah Ahli Parlimen Pulai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved