Sultan Johor tiba di Istana Negara

Politics
24 Nov 2022 • 9:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kenderaan rasmi Istana Johor dilihat memasuki Istana Negara sekitar jam 9.40 minit pagi.

KUALA LUMPUR - Kenderaan yang membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilihat memasuki Istana Negara sekitar jam 9.40 minit pagi.

Kenderaan rasmi jenis audi itu memasuki Istana Negara melalui pintu satu.

Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah perkenan untuk menganjurkan satu Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada Khamis.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, perbincangan khas ini adalah bertujuan mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi membolehkan Seri Paduka Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Sesi-sesi menghadap itu adalah lanjutan daripada sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perikatan Nasional, (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin secara berasingan bermula jam 4.30 petang Rabu.

Sesi menghadap ketua-ketua gabungan tersebut adalah susulan daripada hasil pengesahan calon-calon Perdana Menteri yang telah dimaklumkan oleh ketua parti-parti dan ketua gabungan parti-parti politik kepada Istana Negara yang mendapati tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.