Sultan Kelantan titah percepatkan pembinaan Empangan Lebir atasi banjir

LocalPolitics
21 Apr 2025 • 1:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Muhammad V bertitah supaya pembinaan Empangan Lebir dipercepatkan kerana ia menjadi keperluan mendesak dalam mengatasi isu banjir di negeri Kelantan.

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah supaya pembinaan Empangan Lebir dipercepatkan kerana ia menjadi keperluan mendesak dalam mengatasi isu banjir di negeri ini.

"Sebagaimana yang Beta zahirkan sebelum ini. Beta menekankan kepentingan penyelesaian segera terhadap isu banjir tahunan di Kelantan.

"Beta menggesa projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan dan Sungai Golok dapat disegerakan bagi semua fasa," Baginda bertitah semasa menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Isnin.

Turut mencemar duli, Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved